amik ni tadi dari FB emi BDN.
hurmm mari kita kaji... secara jujur...
Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
sangat bersahaja.. sampai aku rasa terlebih bersahaja pun ade kot... kentut mengentut selamba..
2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
Alhamdulillah.. aku tak pernah rasa bosan bersama dia.. aku dah tanya dia.. dia kata tak bosan gak.. tapi bosan kalo aku takmo dengar ckp dia.. n dia kata bila tak jumpa, rasa nakkk jumpaaa sangattt... aku pun gitu gak...
erk kalo rasa meluat, sila klik butang pangkah kat atas tu ye.. hasil penulisan ini hak peribadi saya...
3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
No doubt lah.. he accept me the way i am... (matikla grammar berterabur).. macam2 kisah silam aku.. semua dia terima tanpa ragu2 lagi.. so do i.. apa pun dia, siapa pun dia.. dulu... aku terima.... kami takde ape2 rahsia.. aku tahu dan dia jugak tahu...
4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
aku percaya dia.. sebab aku tau dia jujur.. setakat usia perkenalan kami yang sangat muda ni, kami amalkan sikap jujur lah... aku sendiri belajar jadi sejujurnya dengan dia.. dan aku percaya dia juga camtu... kami pernah sama sama rasa dilukai.. dari situ kami belajar jujur tu penting dalam hubungan...
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
setakat ni, segalanya dia tahu tentang aku... kami slalu bercerita, dalam segala hal.. kerja, sosial, rakan2, semua lah.. ye aku rasa segala rahsia aku selamat di samping dia...
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
bab kerjasama ni tak bape paham nak ulas.. rasa so far, kalo dia tahu aku penat, dia ade sikap bertimbangrasa.. tak paksa2 aku masak gak.. tugas hantar anak2 pun dia buat tanpa pernah merungut sebab nak aku senang..
syukur lah.. moga2 berkekalan... tambah2 plak kami kerja pun kena bekerjasama... aku perlu bantuan dia, dia pun camtu gak.. ni kalo gado matik la.. hehehehe
7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
tak semua sempurna kan.. memahami ni masih dalam proses.. masih belum keseluruhan... dengan perangai aku yang takleh dijangka ni, susah kot nak handle... so far dia sabar nak handle segala perangai2 aku.. walaupun kadang2 aku ade gak makan hati dengan dia.. sebab aku tau dia org yang amat failed kalo nak pujuk memujuk.. tapi aku perlukan masa utk memahami sikap dan perangai dia.. in progress lah...
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
masing masing ada kelemahan.. dia pun camtu aku lagi la kan.. pegangan aku skang, terima kelemahan dia as kebaikan dia.. contoh.. dia tak pandai pujuk.. so aku terima as kebaikan.. aku tak perlu merajuk sangat la.. kan dah membaiki kelemahan aku juga... camtu la hendaknye....
9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
so far byk tul kimia kami.. (baca: kimia alih bahasa dari chemistry)
tapi dari segi lain2, aku masih tak berani utk mengharap sesuatu yang masih tak nampak.. cuma yang mampu aku buat, setia pada dia, elakkan perkara yang merosakkan hubungan, sentiasa belajar membaiki segala kekurangan dalam hubungan, sentiasa belajar memahami sikap dan perasaan dia... adakah kami ditakdirkan utk bersama? itu doa aku setiap hari tanpa putus asa...
10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
masih belum buat.. mungkin takut dengan bayang2... tapi ada sejarahnya kami bersama.. ada aku cerita kot dalam entry2 lama... aku rasa doa aku dimakbulkan ALLAH... aku perlu yakin dia utk aku agar aku sentiasa berusaha yang terbaik utk semua ni..
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
moga moga.. semoga allah temukan jodoh kami.. satukan hati kami.. halalkan perhubungan kami...
“ Manusia merancang, Allah menentukan.”




0 catitan:
Post a Comment