Showing posts with label Cerita Pendek. Show all posts
Showing posts with label Cerita Pendek. Show all posts

Antologi Cerita Terpendek Part 3

Friday, December 19

Safia menangis dan terus menangis.. Puas dia cuba memujuk dirinya agar terus bersemangat dan bangkit dari kelukaan itu, namun adakala dia kalah. rebah meratap kisah cinta yang tidak pernah kesampaian itu.

"ah.. air mataku, tolonglah berhenti... aku tidak lagi berdaya nak tahan kesakitan ini... pedih sungguh bila disakiti camni.." rintih safia pada diri sendiri...

bukan dia tidak menyayangi dirinya, bukan dia ingin merosakkan dirinya, ramai yang mengata dirinya, namun hanya dia yang memahami betapa kecewa hatinya. Selama ini dia menyangka Azhan dapat menerima baik perhubungan mereka. azhan melayannya seperti pasangan bercinta yang lain. sungguh dia tidak menduga akhirnya mereka akan terpisah..

"azhan, cinta saya hanya untuk awak.. walaupun awak dah tiada dalam hidup saya, cinta ini akan terus bersemadi didalam hati saya. saya percaya, andai kita dijodohkan bersama, kita akan tetap bersama." begitulah coretan safia didalam diari hariannya. hanya diari itu yang menjadi tempat dia meluahkan segala rasa.

"Saya sentiasa berdoa agar hati awak terbuka untuk menerima saya dan cinta saya.. menerima kasih sayang dan rindu yang saya hulurkan dengan seikhlasnya. Selagi saya mampu menanti, saya akan menanti awak kembali kepada saya." luah safia lagi...

*****

Antologi Cerita Terpendek Part 2

Monday, December 8

safia memandang ke atas... kipas itu berputar-putar seperti mana fikirannya. Hanya jasad safia yang berada di katil empuk itu..

"Aku perlu bangun semula. Aku perlu kuatkan diriku. Ya Allah, berikanlah kekuatan itu kepadaku." desis hati safia.

Safia bingkas bangun dari pembaringannya. segera dia ke bilik air untuk mengambil wuduk. Tanpa berlengah, safia menyerah diri kepada yang ESA.

****

"Adakah safia telah pulih dari kelukaannya?" persoalan itu sering bermain difikiran Azhan. Telah hampir 3 bulan sejak peristiwa itu.
"aku yang bersalah. Aku tak dapat meneruskan perhubungan yang aku sendiri tak tahu kemana arahnya. Aku tak pasti dengan perasaan ini." keluh Azhan sendiri.

Bukan kerana hadirnya insan lain dalam hidup Azhan, malah dia tidak pernah terlintas untuk mencari yang lain. Cuma perasaannya amat kacau. Dia sedar cintanya tiada pada Safia. Dia tak mahu berterusan menipu diri sendiri malah akan terus melukakan hati Safia. Azhan tahu dia berdosa kepada gadis yang terlalu jujur menyintainya itu. Azhan telah mencuba untuk memupuk rasa cinta itu, namun dia menemui jalan buntu. Hatinya semakin berkecamuk, dan sentiasa menipu diri semata-mata ingin melihat kegembiraan hati insan lain.

Mama tidak lagi mahu bercakap dengannya, papa juga membuangnya jauh dari keluarga. Tapi azhan redha, bukanlah bererti dia anak derhaka apabila dia menolak Safia, namun dia perlu tegas dalam membuat keputusan dalam hidupnya. Kini dia tak ubah umpama anak yatim yang tiada tempat untuk bermanja.

Safia gadis yang manis, walaupun tidaklah terlalu cantik. Agak berisi, mempunyai senyuman yang mampu memikat dengan kemanisannya. Safia juga bukanlah anak orang berada seperti cerita2 yang tertulis didalam novel2 cinta. Dia hanya anak seorang pegawai kerajaan yang telah bersara. Azhan juga merupakan anak seorang pegawai kerajaan yang bersahabat baik dengan abah Safia. Secara fizikalnya Azhan juga kategori lelaki biasa yang mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri.

Dari ikatan persahabatan 2 orang sahabat kerja, abah Safia dan papa Azhan telah bersetuju untuk menjodohkan anak mereka. Pertunangan telah dilangsungkan tanpa rela Azhan, namun Azhan cuba memupuk cintanya pada Safia. Tapi apa kan daya, hatinya terlalu keras untuk menerima cinta Safia.

Antologi Cerita Terpendek (pinjam tajuk blog belasungkawa)

Saturday, December 6

"hubungan kita sampai disini saje.. sy tak mampu nak teruskan lagi... " azhan berpaling membelakangkan safia. Tak sanggup rasanya untuk azhan membenarkan safia melihat air matanya yang bergenang...

"tapi kenapa?" safia mengeluh perlahan, namun tetap dapat didengari azhan yang meraup wajahnya yang semakin mendung itu.

"saya tak ada jawapannya.. maafkan saya" azhan membalas kata2 safia...

"mudahnya.. terima kasih azhan...." safia terus berlalu meninggalkan azhan yang menahan air mata kesedihannya...

safia terlalu kecewa dengan apa yang telah terjadi.. dia masih tidak dapat menerima hakikat perpisahan mereka, kerana dia sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam perhubungan mereka.. tapi apa yang safia pasti, azhan ada alasannya tersendiri. safia amat memahami sikap azhan. azhan bukanlah seorang yang tidak bertanggungjawab.

"maafkan saya safia.. maafkan saya..." keluh azhan...