safia memandang ke atas... kipas itu berputar-putar seperti mana fikirannya. Hanya jasad safia yang berada di katil empuk itu..
"Aku perlu bangun semula. Aku perlu kuatkan diriku. Ya Allah, berikanlah kekuatan itu kepadaku." desis hati safia.
Safia bingkas bangun dari pembaringannya. segera dia ke bilik air untuk mengambil wuduk. Tanpa berlengah, safia menyerah diri kepada yang ESA.
****
"Adakah safia telah pulih dari kelukaannya?" persoalan itu sering bermain difikiran Azhan. Telah hampir 3 bulan sejak peristiwa itu.
"aku yang bersalah. Aku tak dapat meneruskan perhubungan yang aku sendiri tak tahu kemana arahnya. Aku tak pasti dengan perasaan ini." keluh Azhan sendiri.
Bukan kerana hadirnya insan lain dalam hidup Azhan, malah dia tidak pernah terlintas untuk mencari yang lain. Cuma perasaannya amat kacau. Dia sedar cintanya tiada pada Safia. Dia tak mahu berterusan menipu diri sendiri malah akan terus melukakan hati Safia. Azhan tahu dia berdosa kepada gadis yang terlalu jujur menyintainya itu. Azhan telah mencuba untuk memupuk rasa cinta itu, namun dia menemui jalan buntu. Hatinya semakin berkecamuk, dan sentiasa menipu diri semata-mata ingin melihat kegembiraan hati insan lain.
Mama tidak lagi mahu bercakap dengannya, papa juga membuangnya jauh dari keluarga. Tapi azhan redha, bukanlah bererti dia anak derhaka apabila dia menolak Safia, namun dia perlu tegas dalam membuat keputusan dalam hidupnya. Kini dia tak ubah umpama anak yatim yang tiada tempat untuk bermanja.
Safia gadis yang manis, walaupun tidaklah terlalu cantik. Agak berisi, mempunyai senyuman yang mampu memikat dengan kemanisannya. Safia juga bukanlah anak orang berada seperti cerita2 yang tertulis didalam novel2 cinta. Dia hanya anak seorang pegawai kerajaan yang telah bersara. Azhan juga merupakan anak seorang pegawai kerajaan yang bersahabat baik dengan abah Safia. Secara fizikalnya Azhan juga kategori lelaki biasa yang mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri.
Dari ikatan persahabatan 2 orang sahabat kerja, abah Safia dan papa Azhan telah bersetuju untuk menjodohkan anak mereka. Pertunangan telah dilangsungkan tanpa rela Azhan, namun Azhan cuba memupuk cintanya pada Safia. Tapi apa kan daya, hatinya terlalu keras untuk menerima cinta Safia.
Berpindah Ke Sh4m.org
13 years ago




0 catitan:
Post a Comment