Showing posts with label pindah. Show all posts
Showing posts with label pindah. Show all posts

demam lagi.

Tuesday, April 29

demam.. huhuhu

ari tu angkat barang2.. dasat gak aku ni. aku angkat barang2 tu sorang2. then aca, dak kelas aku tlg angkat peti ais, mesin basuh dan kotak pinggan mangkuk yang berat giler.. aku tlg gak dia angkat. kira angkat 2 orang la.. huhu sakit tul tangan ni. smalam tak sakit lagi, hari ni bangun jek tido terus sakit.. huaaaaa

lori sampai dalam kul 4 petang. dlam setengah jam jek angkut barang atas lori sebab aku da bawak turun siap2. kira lori sampai jek, terus masuk barang dalam lori.

pastu lori gerak gi kl. kat kl mama n abah tunggu utk angkut barang masuk dalam lori. then lori proceed ke SP. alhamdulillah, sumer dah selamat sampai..

tapi ader masalah baru. hurmm umah tu teruk. hubby baru perasan smalam, paip dia bocor. so bilik anak2 bocor. masalah tu.. keadaan tak baper ok la.. murah memang murah RM150.. tapi tu ar.. hurmm hubby kata nak usha umah lain. umah skang ni kawan dia nyer. dia da gitau kawan dia. tgk la esok camner. kalo tak ok gak, kami cari umah lain.

aku akan stay kat sini dulu sampai lepas interview. pastu gerak gi melaka lagi anta final repot. nak jilid. then baru balik SP.. penat ar...

berbalik pada demam... petang smalam lepas angkut barang, aku da rasa lemah sangat. then gatal pi makan nasi kerabu plak.. waa ader budu, terus aku bersin2. sampai la ni.. tekak plak sakit.. skang ni sora da tukau. waaaaaaaaaaa lusa nak interview. camner ni

aku da minum air asam suam. hope leh ok.. amin.....

First interview

Friday, April 25


tadi dapat call dari HRSO. hurmmmm ader interview 30 april ni kat Menara TM. waaa takut la pulak.. post technical executive. kontrak setaun. nak gi ke tak?? kalo mama tau mesti dia suh gi. heheheh.. kat tingkat 13. mama kat tingkat 10. iskk seram beb.. interview pertama aku nih...

hubby da sampai kl.. windu.. ngeh ngeh ngeh.. setelah aktiviti bermanja manjaan berjalan dengan lancarnya, kami mula aktiviti kemas mengemas.. waaa byk sey keje nak kena wat.. bukak almari, katil.. kemas bawah katil mama tu.. habuk takyah cakap ar. ni ler masa aku nak ngelat wat keje.. hehehehe.. mentang2 ler aku resdung yg teruk, asthma lagi.. so.. "cuk, banyak abuk ar.. cuk kemas leh?" hehehehe

esok nak gerak gi melaka. nak amik report yg kena komen tu, then nak kemas2 barang2 kat melaka plak. lori sampai sabtu malam. then hubby balik SP, tunggu lori kat sana. ekseli plan asalnyer aku follow balik skali, dah kena panggil interview, so aper lagi.. kena stay la jawabnyer..

okler.. byk keje nak kena satel ni.. kang bebel plak sayangku itu.. hehe chiow

...::: presentation, nana and pindah :::...

Monday, April 21

kelam kabut tul.. presentation da lepas. hurmm suckss.. teruk aku kena hentam ngan penilai. penyelia pun tak backing langsung. wat to say.. aku kena ngan kombinasi yang amat ideal. argh.. janji lepas.. hope lepas.. aku nak mulakan idup aku. aku nak keje. sian anak2 aku. tak penah rasa hidup sekeluarga mcam orang len.

masa aku kat melaka ari tu mama call. anak2 tinggal ngan mama, mama amik cuti sebab nak jaga derang. 2 hari pertama tu, abah yang jaga. merata abah bawak derang jalan. gi umah mak2 tiri aku. hehehe nana n mimi panggil mak tiri aku dengan nama yang aku rasa nak tergelak. mak aku yg no 3 tu, nana panggil nenek kak ida. aku panggil dia cik ida. cik ida bukak warung makan kat Sungai Buloh. kat sana sume dak2 keje panggey dia kak ida. so nana pun panggey la nenek kak ida.. ngeh ngeh.. abah bawak gi umah bini bongsu dia. aku tak suka pompuan tu. dia tua 2 tahun jek dari aku.. huhuhu nana panggey dia nenek kakak.. wakakakakakak

berbalik pada citer mama call aku, pastu nana sibuk nak cakap ngan aku

nana: mama biler kita nak pindah ni?
aku: sabarla nana, pas mama abis sekolah ni, kita pindah la
nana: ooooo, nana dah tak sabar la mama
aku: nana kena sabar la.. dah tak lama dah

dia pun riuh cerita dia gi sini sana ngan wan dia...

aku: okla nana, sian nenek nak bayar bil
nana: ok mama, mama tu, kalau ader masalah, telefon je la..

aku: erk.... (terkedu aku)

hehehhee masa bual2 tu aku wat loudspeaker. sebab member umah aku ni nak dengar suara nana. dia kata bia betul nana yang cakap. cam orang tua....

dia agak matang.. umur baru 4 tahun. hurmm alhamdulillah.. cerita masa bersalinkan dia agak menyedihkan, tapi alhamdulillah, segala anggapan doktor, takder pada dia.. doktor risau dia leh ader masalah otak, lembab.. tapi so far, takder la teruk sangat. lambat sket2 tu ader la.. kekadang bila kita suruh dia wat sesuatu, dia pandang je kita, diam je.. pastu lepas beberapa saat, baru dia gi.. aku tak kisah, asalkan dia pandai jaga diri dia, boleh berdikari, tak susahkan sesapa, aku dah bersyukur. aku tak harap dia excellent dalam pelajaran. kalo leh, alhamdulillah, tapi kalo tak pun, aku tak kisah. asalkan dia jadi anak yang baik dan mendoakan aku bila aku takder nanti, pun dah cukup....

hurmm penat la lately.. skang ni tgh sibuk kemas2 barang.. ari tu pas balik dari melaka, aku singgah PD. gi umah pakteh aku. banyak gak barang2 yang makteh bagi. dia sedekahkan kuali, piuk2, barang2 dapur sket2 kat aku. alhamdulillah.. da save duit aku. tak payah beli barang2 tu dah. periuk dia tu aku tgk cam tak guna lagi jek.

actually aku nak pindah ni, duit pun takder. tapi alhamdulillah.. rezeki anak2.. ramai yang sedekah. diam tak diam, dah lepas nak sewa lori angkat barang2. insyaallah, khamis ni lori sampai... pasni takleh la aku update kat sini. kalo ader kesempatan gi cc ker, insyaallah aku update.

doakan perjalanan aku diberkati allah, dirahmatiNya... doakan penghijrahan aku kali ini, satu penghijrahan yang terbaik buat aku.....