pagi ni, masa aku ngan mama gi bekpas, kami didatangi seorang lelaki yang menjual buku. dia letak buku Asas-asas Fardhu Ain hasil tulisan allahyarham ustaz sulaiman endut. bila baca sket2 buku tu, aku dapati buku tu simple, tapi padat. sebuah buku yang baik. bahasanya mudah. isi kandungannya pada aku lengkap. terdapat 12 bahagian dalam buku ni meliputi:
- Rukun islam
- Rukun iman
- Thaharah (bersuci)
- Ibadat solat
- Ibadat puasa
- Ibadat zakat
- Ibadat Haji
- Nikah
- Taubat dan doa
- Adab dalam islam
- Bulan2 hijrah
- Surah2 Al quran

setelah aku baca buku ni, aku tertarik dalam satu bab dalam buku ni. bab taubat....
cara-cara menghapus dosa
- Taubat dengan ikhlas (taubat nasuhah). Taubat ini boleh menghapus dosa bagaikan air jernih yang dapat menghilangkan kotoran.
- Dengan mengerjakan amalan-amalan yang baik. Dengan mengerjakan amalan dan pekerjaan yang baik itu akan dapat menghapus kejahatan.
- Dengan memperbanyakkan sedekah. Dengan bersedekah itu dapat menghapus dosa, bagaikan air yang dapat memadamkan api.
- Dengan ditimpa dengan beberapa musibah (bencana dan percubaan). Bala bencana (musibah) dan percubaan ini dapat menghapuskan kesalahan, bagaikan daun kering yang akan reput dan hancur.
ini yang ditambah oleh incik kucha kita...
1. Mtk ampun dgn suami jika ada atas sgala dosa.
2. Mtk ampun dgn mak ayah jika ada perkara yg mereka simpan didalam hati
3. Selain solat berjemaah diawal waktu. Dari subuh sampai ke isyak.
4. Sentiasa berzikir dimana sahaja (bukan dgr lagu ja kat laptop)
5. Bersedekah la slalu dari mana2 cabang amalan yg mampu. (duit, doa, kederat)
marilah kita sama2 bertaubat.. kita kembali kepadaNya, dan sentiasa meminimumkan kesilapan dalam kehidupan seharian...



