hari ini kerja petang.. esok pun samer.. so mlm raya aku kena kerja.. waaaaa
hari ini blackout.. panas giler. aku da pening kepala. macam tak cukup udara.
sekian cerita hari ini
blackout
Monday, September 29
Coretan chuy4 PaDa Monday, September 29, 2008 1 catitan
ChaPTeR of My StORy -> kerja
Carca Merba
Sunday, September 28
dah dekat nak raya da.. tahun ni raya kat kl lagi. kali ni raya ngan mama, abah, n adik2 je.. anak2 takder dicc aku.. :((
baju raya tahun ni takder pun... just pakai balik baju konvo aku ari tu.
ader la beli 2 3 lai baju utk pakai gi keje, suar gi keje, n nk cari kasut utk gi keje. hehehe tu piority aku skang ni.. takder baju maaa....
perasan tak entry aku lately takder gambar.. hurmmm laptop kat umah lembab giler.. kalo da bukak ym, pastu nak bukak blog, lembab ya amat... da format pun still lembab. rasa soh bolilen la tu... waaaaaa
ni aku telah mengapdet kat opis.. ampun bos.. hahaha... so takder la entry2 gambar.. takper2 later aku upload gambar.. byk gak yang terjadi dalam minggu ni... antaranya:
- hati berbunga bahagia... jiwa rasa terisi... glory glory... :) thanx sangat kat "dia" yang da bagi rasa happy macam ni utk aku....
- gi shopping2 baju keje.. best rupanyer shopping ni.. slama ni aku malas shopping2 sebab takder duit.. and the best part.. "dia" setia menemani aku.. yea yea.. thanx syg...
- da gi amik borang penceraian n dah siap draf.. after raya aku submit..
- gi first date kat muzium negara.. waaa tak pernah2 aku wat keje camni.. pasni nak date kat zoo negara plak ar.. hehehehe
- berbuka satu family consist of mummy, daddy, nani, lela and me... mkn kat sentul curry house...
- yang ni pun best... i managed to reduce my weight.. 2 kg beb... in 7 days without any rice.... yehaaaaa
p/s: malam raya aku keje.. huaaaaaaaaaa
Coretan chuy4 PaDa Sunday, September 28, 2008 2 catitan
ChaPTeR of My StORy -> cerita aku
Selamat hari raya
Saturday, September 27
Selamat hari raya buat sume kawan2... di sini, aku nak menyusun sepuluh jari mohon kemaafan andai ada tersalah, tersilap, saje2 wat salah, saje2 wat silap.. halalkan makan minum aku ek..
semoga aidilfitri kali ini memberi kebahagian dan kegembiraan buat sumer... buat yang balik kampung, bawak keter leklok. jgn laju2 (pandai je nasihat orang)... semoga selamat pergi dan balik...
Coretan chuy4 PaDa Saturday, September 27, 2008 2 catitan
merapu
Tuesday, September 23
salam kawan2...
thanx sangat2 atas perhatian dan nasihat serta semangat yang korang bagi.. aku terharu sangat. walaupun ada antara kita tak kenal antara satu sama lain, tapi still korang amik kisah apa yang jadi kat aku n bagi aku kata2 perangsang untuk aku kuat...
alhamdulillah, wat masa ni aku masih kuat n da ready utk teruskan keputusan aku. kalo takder aral, jumaat ni aku ke mahkamah syariah terus. aku taknak kaunseling or ape2 lagi.
entry aku lately sumer tak best kan.. hurmm takder cerita best sangat yg aku nak share. just normal life, gi keje, balik keje. tido, makan..
haa bab makan, i manage to reduce 1kg hehehe... best2.. 5 hari ni tak makan nasi.. aku makan oat, ratah lauk, mkn mihun je...
viruspadu ader bagi aku petua lagi. dia kata elakkan gula.. yeah aku akan elakkan gula n of course kabohidrat... wish me luck...
Coretan chuy4 PaDa Tuesday, September 23, 2008 11 catitan
decision making - done...
Monday, September 22
dah bincang. dah wat keputusan. semoga semua berjalan lancar. semoga keputusan ini keputusan terbaik buat aku dan anak2.
amin...
Coretan chuy4 PaDa Monday, September 22, 2008 1 catitan
ChaPTeR of My StORy -> special request
allergic
huhu kompom allergic. abis merah2 dah ni.. dapat ubat tahan gatal ngan betnovet jek.. ruam2 satu badan. tergaru2 cam kera. uhhh...
katanya at least seminggu aku kena tahan gatal2 ni. so... tahan je la.. :)
Coretan chuy4 PaDa Monday, September 22, 2008 0 catitan
ChaPTeR of My StORy -> special request
allergic kah itu??
Friday, September 19
not well lagi.. gatal2 satu badan.. nak gi klinik.. update later...
Coretan chuy4 PaDa Friday, September 19, 2008 1 catitan
end of road...
Thursday, September 18
smalam balik je dari keje, abah ader kat umah. lepas mandi then aku pun join mom n dad conversation.. rupanyer tgh bincang pasal aku n dia gak... hurmmmm
Coretan chuy4 PaDa Thursday, September 18, 2008 7 catitan
ChaPTeR of My StORy -> cerita aku
Kau Lelaki, Aku Wanita
Wednesday, September 17
Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg banyk, Bagaimana???, bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer:-
- lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
- lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !
- Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.BERATKAN !
- Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. Wanita
- wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
- wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sbaliknya.
- wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
- wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
- wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
- wanita wajib taat kpd suaminya.
- talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
- wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.
Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan
WALLAHUA'LAM
Coretan chuy4 PaDa Wednesday, September 17, 2008 2 catitan
ChaPTeR of My StORy -> keratan
Menu : Cendawan Sos Tiram
resepi lagi....
cendawan masak sos tiram
simple je resepi ni..
bahan2:
bawang putih
bawang besar
carrot
cendawan tiram
cendawan shitake (yg itam kering tu) - kena rendam ngan air panas dulu.. kalo leh rendam lama2...
kalo ader cendawan butang pun best...

tumis bawang putih.. bawang merah.. pastu masukkan cendawan itam kering tu.. cendawan tu perah dulu tau. kalo tak berair nanti... pastu tgk kalo kering sangat, masukan air sket...
agak2 da 2 3 minit tu, masukkan carrot... biar 2 minit...
masukkan sos tiram... kacau rata...
pastu masukkan cendawan putih tu...garam sket...
tada..... cendawan goreng.. boleh guna masukkan udang.. yummy...Coretan chuy4 PaDa Wednesday, September 17, 2008 0 catitan
ChaPTeR of My StORy -> resepi
Menu : Paprik campur
okey hari ni kita masak paprik campur..
bahan2nyer ialah:
isi ayam
udang (kalo nk letak sotong, bla.. bla boleh sajork hokke)
sayur2 yang korang suka such as:
kacang panjang
carrot
jagung muda
daun limau purut
bawang putih
bawang besar thai
sos tiram
sos cili
kicap
kiub ayam (no msg plis)

pastu agak2 udang tu da separa masak, angkat letak tepi..
tumis bawang putih cincang, pastu masukkan 1@2 sudu cili blend.. (dalam cili blend ni ader cili kering, ngan bawang besar n bawang putih)
tada... da garing kan, pastu masukkan sos tiram, sos cili, ngan kicap... nisbah dia 3:4:1 pastu nanti rasa2 la.. tambah2 la yg mana patut. kalo der sos tomato pun leh masukkan sket..
sila abaikan glo tu hokke.. yang tu jangan plak gi masukkan ngeh ngeh..

masukkan sayur2 sayuran... masukkan skali daun limau purut yang digunting halus (aku gunting tak la halus pun)
kaco2 dia... kalo tgk pekat sangat, masukkan air sket..

masukkan udang n ayam tadi...
kaco2 lagi...
pastu masukkan bawang thai yang dipotong bulat2..

masukkan 1 kiub pati ayam knorr... without msg...
kaco2 lagi.. sampai agak da masak, rasa2 la.. aku tk letak garam dah...

tada... da siap.... paprik campur cara aku...
Coretan chuy4 PaDa Wednesday, September 17, 2008 1 catitan
ChaPTeR of My StORy -> resepi
miss them...
hari ini hari rabu.. aku keje petang. plannyer ari ni nk masak paprik ngan cendawan sos tiram. resepi tunggu nanti k...
Coretan chuy4 PaDa Wednesday, September 17, 2008 5 catitan
ChaPTeR of My StORy -> puteri-puteriku
happy birthday to viruspadu
Tuesday, September 16
this entry dedicated to my blogger fren... mrs viruspadu.....
You are very special
and you deserve the best.
I wish you a wonderful life
filled with love and happiness.
I hope others bring you joy,
just as you've brought joy to us,
then you can weather any storm
and be all you want to be.
Glitter Graphics & Comments
Coretan chuy4 PaDa Tuesday, September 16, 2008 1 catitan
ChaPTeR of My StORy -> blogger
another story of me...
smalam berbuka n lepaking kat umah anoi.. giler ralit sembang, aku lupa snap gambar.. sudahnyer takder satu gambar pun yg ader....
Coretan chuy4 PaDa Tuesday, September 16, 2008 0 catitan
ChaPTeR of My StORy -> cerita aku
Doa Hari ke-15
Monday, September 15
Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang Khusyu'. Dan Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang Menyesal, Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut
Coretan chuy4 PaDa Monday, September 15, 2008 0 catitan
ChaPTeR of My StORy -> doa
berbuka posa hari ke 13
Saturday, September 13
hye korang... hari ini n3 masakan lagi.. hari ni kami main masak2 kat umah... antara menu2 yang ader ialah.....

kangkung goreng belacan
tengok.. kelahap tul si mokh ni...bahan2nya:
serai dihiris halus,
bunga kantan dihiris halus,
bawang besar dihiris halus,
cili api dihiris halus,
of course la telur masin...
limau nipis
sos tiram
air sket...

ni bahan2 yg dah dihiris halus.. campur sumer.. perah asam limau.. pastu masuk sos tiram.. ikut ar sukatan yang korang rasa ok. garam takyah masuk pun takper..
telur masin yg dah direbus.. pastu korek pakai sudu.. kulit takmau k...pastu susun cantik2 telur tu.. then letak la bahan hiris tadi atas telur tu.. jadilah kerabu telur masin... gambar kat atas ok..
kerabu ni leh diwat dengan mende2 len gak.. kerabu ikan bilis, sama je, cuma goreng ikan bilis tu dulu... pastu tambah kacang panjang dihiris halus...
kerabu sotong, daging.. pun sama....
Coretan chuy4 PaDa Saturday, September 13, 2008 8 catitan
ChaPTeR of My StORy -> buka puasa, resepi
kerinduan... kemarahan... ketensenan...
Friday, September 12
rindu sangat2 kat puteri2 aku...
korang penah rindu orang tak??
mesti penah kan
seksa kan rindu orang..
sampai bila hidup nak macam ni
aku nak satelkan cepat2..
biarla hidup sendiri...
asalkan aku happy ngan anak2....
buat sang suami...
cukup2 la wat mende2 tak elok tu pada saya...
allah maha kuasa....
Coretan chuy4 PaDa Friday, September 12, 2008 3 catitan
ChaPTeR of My StORy -> cerita aku, puteri-puteriku
ke klinik





Coretan chuy4 PaDa Friday, September 12, 2008 1 catitan
ChaPTeR of My StORy -> special request
suami
Wednesday, September 10
dapat ni dari blog kak jah....
Buat Suami
Pernikahan atau pun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah…
Pernikahan atau pun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…
Pernikahan atau pun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…
aku hanya mengharapkan kebahagiaan...
Coretan chuy4 PaDa Wednesday, September 10, 2008 0 catitan
ChaPTeR of My StORy -> cerita aku
Bersedekah di Ramadhan
Tuesday, September 9
Diambil daripada email...
marilah kita sama2 membantu...
Asalamualaikum wbt,
Rumah Anak-Anak Yatim & Miskin Nurul Iman, kini didiami oleh lebih 40 orang anak-anak yatim piatu, yatim, miskin dan anak-anak terbiar.
Pada hari Jumaat lepas (22/08/08) telah berlaku satu kemalangan jalanraya berdekatan Bukit Merah, Perak semasa rombongan anak-anak tersebut dalam perjalanan bagi menghadiri satu program di Pulau Pinang . Kemalangan tersebut telah mengorbankan seorang ibu tunggal yang bertugas dirumah berkenaan.
Van yang terlibat dalam kemalangan tersebut juga telah rosak teruk dan diistiharkan sebagai total lost. Dengan itu juga Rumah Nurul Iman tidak lagi kenderaan bagi kemudahan pengangkutan anak-anak untuk ke sekolah dan juga urusan lain seperti tuisyen dan menghadiri jemputan.
Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah merayu kepada anda sekelian untuk menyumbang atau mengumpul dana ataupun mencari jalan supaya sebuah van dapat diadakan sebagai ganti kepada van yang telah rosak tersebut.
Sumbangan dari orang ramai sangat-sangat diharapkan bagi menyelesaikan masalah yang kritikal ini.
Kepada yang ingin menyumbang kewangan sila salurkan sumbangan anda kepada akaun Maybank 564306010030 KHIDMAT NURHIKMAH dan letakkan alamat email van@nurhikmah.org.my
Anda juga boleh terus menghubungi Pengetua Asrama Anak-Anak Yatim & Miskin Nurul Iman, Manjoi , En. Khairul di talian 016 5460 071 .
-------------------------------------------------------
YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
| No. 16-3, Jalan Mesra Niaga, |
| Taman Mesra, |
| 43000 Kajang, |
| Selangor Darul Ehsan. |
Coretan chuy4 PaDa Tuesday, September 09, 2008 2 catitan
ChaPTeR of My StORy -> Amal
mari mengetag....
Sunday, September 7
- kena snap gambar barang2 dalam handbag anda....
- pastu kena list kan aper barang2 tu... satu persatu...
- kena tag balik ikut baper kuantiti barang dalam handbag anda tu... contoh kalo dalam tu ader 15 barang, haaa 15 orang la.. hahahaha best best...


- purse.. LV tipu.. haha beli kat uptown danau kota...
- pen.. tu kena ader tu.. susah kalo takder...
- yang ni pun penting... instant nestum.. aku ader gastrik.. kang kalo lapar.. ader gak benda..
- bedak magic powder.. silky white
- perfume avon urban flower.. ni perfume basahan.. emergency.. hehehe
- perfume DKNY be delicious... jarang pakai.. takder duit nk beli baru.. da nk abis..
- headphone hp..
- lipstik avon..
- kunci kereta
- stapler.. haa yg ni kebetulan ader.. huhu
- note book... tu mesti ader.. tu la dictionary aku, tu la tpt conteng2 aku...
- n 2 benda wajib ader gak ni.. mana tau kan.. huhuhu
- reen devilish
- viruspadu
- mama aqilah
- ena
- wani
- fara
- emi koko
- shafarina...
- kelat
- manja
- anoi ( cepat siapkan blog ko noi)
- hied...
Coretan chuy4 PaDa Sunday, September 07, 2008 5 catitan
ChaPTeR of My StORy -> Tag
menu khamis




Coretan chuy4 PaDa Sunday, September 07, 2008 0 catitan
ChaPTeR of My StORy -> buka puasa
menu 7
Coretan chuy4 PaDa Sunday, September 07, 2008 0 catitan
ChaPTeR of My StORy -> buka puasa
erk!!
Saturday, September 6
lately terasa lemah tul. penat sokmo.. puasa kot ek.. tapi orang len pun posa gak.. hehehe
Coretan chuy4 PaDa Saturday, September 06, 2008 0 catitan
kursus
Wednesday, September 3
entry basi.. hehehe minggu lepas ader kursus.. so aku pun kena la attend course ni.. pasal customer service.. good course.. byk yg aku blajar...
bertempat di etiqa twin tower.. everythings goes well....
Coretan chuy4 PaDa Wednesday, September 03, 2008 2 catitan
kecewa
Tuesday, September 2
aku terlalu kecewa..... aku da takder daya nak hadapi sumer ni... bantulah aku ya allah...
p.s: ader sesaper tau pasal cerai fasakh.. leh tak story detail kat aku...
ym me @ along.bitc
aku perlukan advise...
Coretan chuy4 PaDa Tuesday, September 02, 2008 3 catitan
ChaPTeR of My StORy -> cerita aku
miss them
anak2 balik kampung ngan abah derang..
aku rindu sangat.....
Coretan chuy4 PaDa Tuesday, September 02, 2008 0 catitan
ChaPTeR of My StORy -> puteri-puteriku


















