Dari kiri ku berjalan.. menuju kekanan... dari kanan ku memanjat.. menuju keatas... dari atas ku berlari.. menuju kebawah.. demi mencari sesuatu yang abadi...
eh... tu bunyi kentut dak buchuk... terkasima 2 saat... pandang kiri takde orang pandang kanan, shamimie je ade sambil tersengih... depan takde orang.. belakang lagi lah tade...
ehh.... shamimie ketawa... dia kata "alaaa mimie kentut..."
sejukkk grr grr atas motor.. iskkk masa kuar opis tu da tanda2 hujan bakal melanda... so gile laju buchuk bawak.. takut plak aku...
pastu sampai genting kelang, tak pat tlg dah.... hujan turun menderu2.... so kami kebasahan didalam hujan di atas motor.. sweet je rasa ye... sweet tengkorak.. sejuk tau
sampai umah salin2 baju.. nasib la baju die ade kat umah aku... then amik anak2, tunggu mama sampai umah...
planning nak gi makan kat mohd chan abdullah (MCA).. masa nak p amik mama kat LRT tu, ade pelangi kat luar... cantik lah.... anak2 suke la tengok... kecoh si mimie cerita kat nenek dia, dia nampak pelangi..
sampai kat MCA sebelah NZ tu.. tgk2 tutup.. adeh laaaa
ok2 takpe... backup plan ade.. so gerak ke MCA taman melawati... kalo tak bukak gak, plan C... pegi keramat makan western kat sana...
lalalala ade rezeki nak makan kat MCA... kat taman melawati bukak... so muka tersenyum lah...
tapi kejab je muka senyum.. utk dak buchuk la... nasi claypot dia takde.. siannn.. isk isk...
so order la nasi ayam MCA... tgk2 takde gak.. hehehe sian lagi....
akhirnya dia order nasi daging masak lada hitam...
aku macam biasa.. ketiaw kantonese.. mama pun..
ni bukan ketiaw kantonise, tapi lebih kurang gini la...
anak2 nasi goreng seafood je..
pastu amik pau kaya ngan pau bbq chicken.. terbaek dow.. siap beli yg frozen ni...
then yg best, mama order itik roasted... fuhhhhhhhh sedapppp laaaaaaaaaaa lupe pula amik gambar kan... sat2 aku gugel... itik tu bukan gambar dari web MCA ye.. aku gugel je.. gambar2 lain tu sume dari website MCA tu...
Next, mama kata kita g keramat plak... tunggu buchuk balik dari kuantan lah...
ohhh buchuk balik kontan malam ni.. tinggal aku lagi minggu ni.. sob sob....
tadi memandi bunga lagi... gambar tak amik.. segar lah..
pastu masak utk dinner.. ikan tongkol goreng cili.. ngan telur mata.. sup semalam ade lagi.. pastu mama beli ayam masak ape tah... so cukup lah... makan dengan jayanya...
buchuk tak sihat.. muka dia rasa bahang.. aku pegang tak panas.. tapi dia rasa bahang... so aku pun wat la air asam jawa utk dia... letak madu sama... hope ok la sket...
then tadi dah rebus air barli.. esok tapau la gi opis.. aku pun rasa panas dalam ni... mulut dah nak naik ulser2... bibir pun pecah2... kurang air mazi ni.... elok lah kan minum barli...
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
sangat bersahaja.. sampai aku rasa terlebih bersahaja pun ade kot... kentut mengentut selamba..
2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
Alhamdulillah.. aku tak pernah rasa bosan bersama dia.. aku dah tanya dia.. dia kata tak bosan gak.. tapi bosan kalo aku takmo dengar ckp dia.. n dia kata bila tak jumpa, rasa nakkk jumpaaa sangattt... aku pun gitu gak...
erk kalo rasa meluat, sila klik butang pangkah kat atas tu ye.. hasil penulisan ini hak peribadi saya...
3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
No doubt lah.. he accept me the way i am... (matikla grammar berterabur).. macam2 kisah silam aku.. semua dia terima tanpa ragu2 lagi.. so do i.. apa pun dia, siapa pun dia.. dulu... aku terima.... kami takde ape2 rahsia.. aku tahu dan dia jugak tahu...
4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
aku percaya dia.. sebab aku tau dia jujur.. setakat usia perkenalan kami yang sangat muda ni, kami amalkan sikap jujur lah... aku sendiri belajar jadi sejujurnya dengan dia.. dan aku percaya dia juga camtu... kami pernah sama sama rasa dilukai.. dari situ kami belajar jujur tu penting dalam hubungan...
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
setakat ni, segalanya dia tahu tentang aku... kami slalu bercerita, dalam segala hal.. kerja, sosial, rakan2, semua lah.. ye aku rasa segala rahsia aku selamat di samping dia...
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
bab kerjasama ni tak bape paham nak ulas.. rasa so far, kalo dia tahu aku penat, dia ade sikap bertimbangrasa.. tak paksa2 aku masak gak.. tugas hantar anak2 pun dia buat tanpa pernah merungut sebab nak aku senang..
syukur lah.. moga2 berkekalan... tambah2 plak kami kerja pun kena bekerjasama... aku perlu bantuan dia, dia pun camtu gak.. ni kalo gado matik la.. hehehehe
7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
tak semua sempurna kan.. memahami ni masih dalam proses.. masih belum keseluruhan... dengan perangai aku yang takleh dijangka ni, susah kot nak handle... so far dia sabar nak handle segala perangai2 aku.. walaupun kadang2 aku ade gak makan hati dengan dia.. sebab aku tau dia org yang amat failed kalo nak pujuk memujuk.. tapi aku perlukan masa utk memahami sikap dan perangai dia.. in progress lah...
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
masing masing ada kelemahan.. dia pun camtu aku lagi la kan.. pegangan aku skang, terima kelemahan dia as kebaikan dia.. contoh.. dia tak pandai pujuk.. so aku terima as kebaikan.. aku tak perlu merajuk sangat la.. kan dah membaiki kelemahan aku juga... camtu la hendaknye....
9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
so far byk tul kimia kami.. (baca: kimia alih bahasa dari chemistry)
tapi dari segi lain2, aku masih tak berani utk mengharap sesuatu yang masih tak nampak.. cuma yang mampu aku buat, setia pada dia, elakkan perkara yang merosakkan hubungan, sentiasa belajar membaiki segala kekurangan dalam hubungan, sentiasa belajar memahami sikap dan perasaan dia... adakah kami ditakdirkan utk bersama? itu doa aku setiap hari tanpa putus asa...
10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
masih belum buat.. mungkin takut dengan bayang2... tapi ada sejarahnya kami bersama.. ada aku cerita kot dalam entry2 lama... aku rasa doa aku dimakbulkan ALLAH... aku perlu yakin dia utk aku agar aku sentiasa berusaha yang terbaik utk semua ni..
smalam kami naik kete gi keje sebab aku peyed pain.. balik pun lewat sket sebab aku byk sangat kerja... tapi alhamdulillah, yang penting2 sume dah satel... ade lagi yg tertangguh, tapi pelan2 kayuh...
odw balik, gelak2 je keje.. borak2.. lama tak borak2 kan.. atas motor kurang la sket borak2 nye... pastu smalam nasib baik naik kete.. ujan la sket2...
sampai umah.. mama dah siap2 makanan atas meja... wah kelaparan la kan... makan2.. kemas2.. rehat2... abah ngan dak buchuk borak2 lagi.... lepas tu buchuk pun kata nak beransur balik lah...
tetiba... dia datang kat aku dengan muka gedik2... sengih2 macam kerang busuk.... hoihhhhh sekali dia gitau... "sayang.. kunci rumah b macam tertinggal je.." haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... memang aku hangin la kannnnnn
sebab ape aku hangin... dah berbuih rasa mulut aku pesan kat dia.. kunci rumah letak dalam beg laptop.. tapi asal ckp ade je alasan pakcik tu kan... ha kan skang dah tertinggal.. pastu nak buat2 meraba2 la poket seluar segala... sudah sudah la tu... takyah dok meraba situ la... baik raba aku
gipun masa nak balik tu, aku dah pesan... "tu wallet sume jangan lupe ambik" dia leh sengih2, "ye ye"....
ha pastu tinggal...
aku pun p la mandi cepat2... dan teman budak tu gi opis balik... dalam perjalanan tu memang aku bebel je la kan... bebel dalam senyum ok... seyes aku senyum je tgk dia... tengok gelagat dia... macam kucing kepanasan... satgi sengih2 pandang aku....
pastu takde la aku ber sayang b dah kan... memang saya awak saje lah....
yang dia plak boleh dengan bengongnye nak wat lawak2 antarabangsa dia tu... heiiiiiieeiii budak ni.. memang lah... first time kot dia dapat aku nyer pot pet.. kehehehhe slama ni dia je dok pot pet kat aku kan... haaa mendapat la awak yeee.. ehehehehe
so mulai hari ni.. aku suh dia p duplicate kunci rumah tu... then tinggal kat rumah aku satu... kang dia nyer mengom2 datang, tertinggal kunci kat kuantan plak... memang aku meroyan la kan....
barang kes... tertinggal atas meja opis...
meja bersepah2.. malas dah aku nak tlg kemas... barang dia bersepah.. mana tak tertinggal
hehehe motip aku bebel2?? sebab... slalu diaaaaaaaaaaaaa je bebel kat aku hokke.... bila dapat peluang ni.. ape lagi la kannnnnnnnnn mak suke noq.....
layan gambar2.... gambar2 ni di dua tempat berbeza... yang malam, gambar masa kami ke kedai abah yang terletak di sungai buloh, time makngah pakngah datang ari tu... makan besar kat kedai makan abah ler...
dan gambar baju pasti tu, gambar pagi tadi.. time nak gi sekolah sementara tunggu papa dia datang amik utk anta gi sekolah... sempat lagi la main posing2...
budak muke tembam... badan tak naik2.. pp je tembam...
we are a happy family... doakan kami bahagia hingga keakhirnya...
nana posing amik gambar sendiri... cantik dah anak dara aku ni
while waiting their beloved papa...
ni masa belum siap ni... mimie main pakai je senirik tudung dia tu
ok seperti dijanjikan.. aku letak resepi ayam rebush...
gambar tak sempat amik smalam.. perut kelaparan.. sampai umah terus makan... gpun smalam tak bape menarik presentation dia sebab daun bawang kehabisan..
takpe.. mari kita meresepi disertakan gambar ehsan dari gugel...
AYAM REBUSH...
seekor ayam dipotong dua.. belah camni tau...
belah 2 saje.. takyah chop2 lagi... halia agak lah..
daun bawang utk hiasan
kobis panjang - untuk sup sayur..
pastu carrot juge...
bawang putih - di cincang..
bahan - bahan perasa : kicap tamin masin sos tiram
Cara Memasak:
didihkan air seperiuk... letak skali halia yang dipotong2...
bila air dah mendidih, masukkan ayam yang dah dibelah dua... tengok jam.. agak2 20 minit...
bila dah lepas 20 minit.. cek ayam dah masak tak.. ade org tak suke kalo ayam tu still merah2.. so masak la lama sket... tapi kalo lama sangat, nanti dia kering. tak sedap...
lepas da agak2 masak, angkat ayam dan sejuk kan biar suam2.. senang nak chop2 satgi...
sup yang tinggal tu masukkan carrot, ape2 lagi la korang nak letak.. fish ball leh, ciken ball leh, kobis panjang leh, lobak putih leh.. kira sup tu utk dijadikan sup sayur...
TAPI... before masukkan segala sayuran, amik dalam sesenduk sup tu letak asing... pastu letak la garam dan sayur2 diatas...
satel sup sayur...
bawang putih tu kan dah cincang... pastu goreng sampai kekuningan... angkat.. ngan minyak2 dia skali k.. jadilah myk bawang putih... kalo malas, minyak bijan pun ok...
ayam tadi...
chop2 ikut suke ati korang... susun cantik2 dalam pinggan...
pastu letak sos tiram atas ayam tu.. kicap tadi...
ha lepas dah letak kicap bagai... letak minyak bawang putih tu serta ngan bawang putihnya skali reminder.. jangan letak byk sangat myk bawang putih tu.. agak2 je k... macam gambar kat bawah ni.. terlampau byk.. tapi ok la sebab nama pun ayam rebus siram myk... ayam rebush aku tak siram minyak ye.. hehehe then curah sup yang asingkan tadi tu.. jgn byk sangat lah.. sebab lauk ni takde la berkuah sangat... biar kicap tu pekat2.. kira bajet dalam setengah senduk pun ckup dah kot... kekadang aku tak masukkan dah pun sup.. kan masa angkat ayam tu, ade gak air2 dia kan akan jatuh kat dalam mangkuk ayam tu.. so guna air tu je pun dah ok... paham ke??
lepas tu leh la tabur daun bawang yang dah di potong... jgn potong halus2 macam nak makan mihun sup tu.. potong agak2 satu ruas jari tu.. kan kat jari ade 3 ruas kan... ah paham2 la ye... dalam 1 inci kot...
pastu nak lagi best, tabur cili api hiris skali ngan cili merah.. baru kaler2...
so dah siap sup sayur, dan ayam rebus.... makan bersama cili kicap....
ha nak resepi cili kicap gak?? adeh..
hiris cili padi halus2... cili merah sket... bawang besar hiris2 gak.. perah limau nipis... pastu letak kicap manis.... kalo ade tomato tambah skali.. potong dadu k...
fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sedapnyeeeee
see kira dalam about 30minit, dapat 2 lauk skali gus...
ari tu kan pakcik makcik aku datang berkampung kat umah sat... refer entry hari ini amat letih...
hari ni baru teringat nak transfer gambar2.. ala.. satu je pun gambar nye.. tu pun dak buchuk yang snap masa dia da abis makan...
belah kanan tu pakngah aku.. yang sebelah kiri tu paklong manap.. bukan sedara pun.. jiran kampung pakngah... menu hari tu ialah : kari kepala ikan dari Sentul curry house... sambal tumis udang petai (aku masak), sup ayam, sayur kobis goreng (mama masak)... fuh semua orang makan sampai tersandar kekenyangan... puas gile dapat kenyangkan orang... aku amat happy bila tgk orang berselera makan... rasa macam aku dah buat satu perkara yang amat baik....
oleh kerana rumah mama agak kecik, so himpit2 la makan... memang riuh2 best gile...
turun bawah, pk pk ape la aku nak masak... hurmmm megi kering lah... so keletung keletang.. tgk dalam freezer, popia ngan samosa ade lagi.. hah ape lagi.. goreng lah...
ok kita wat resepi megi kering cara aku ye...
memula boil air agak2 la utk masak mee megi tu... aku masukkan ayam isi utk rencah mee aku ni... agak2 ayam tu dah masak, angkat... pastu masukkan megi tu... agak2 lembut mee tu, angkat... kalo nak sayur, masuk la skali ye... tadi stok sayur takde.. so tak masuk lah...
tos kan mee tu... campur kan mee, ayam, sayur serta apa2 rencah yang korang suke... utk perasa dia, aku guna sos tiram, kicap, myk bijan.. tats it... takyah boh bahan perasa megi tu ye... gaul rata ye....
pastu siap lah... meh layan gambar..
nampak cam tak cantik sebab takde kaler2.. sebab tu aku suke letak carrot ke, capsicum ke.. kaler penting kot dalam presentation makanan kita... so ni bekal aku dan buchuk...
samosa ngan popia ayam giant serta popia otak2... segera je...
hah siap dengan pati ikan haruan ye.. keh keh... best gak.. kot2 ade power.. lately aku lemah je la... so inilah bekal kami... anak2 dah bekalkan kek oren kat depa...
tadi dak buchuk p bekam... huihh geli aku tgk gambar dia....
buchuk kata pas bekam tu rasa lega... segar... teringin gak nak bekam.. nanti2 nak try.. tapi agak mahal lah... secawan tu RM15.. tadi buchuk abis RM200 utk bekam.. puas hati la.. berbaloi kata dia... utk kesihatan diri....
aku just urut kaki je.. takdela best mana pun.. cam tak baloi la RM30... tapi ada la dia bagi tips2 utk aku... macam mana nak pikat suami.. hahahaha dia kata nak kawin nanti mai cari dia... nak bagi ilmu ketat kemut ape tah... hahaha leh caya ka??
dia siap suh beli ubat ape tah... pastu mandi seri wajah.. mandi bunga la tu... hah....
ckp pasal mandi bunga... yenadeiii aku lupa nak mandi bunga.... aiyooo matik la kalo abah tau... bunga da siap dah... abah suh aku ngan adik aku mandi bunga lagi... bestnyeeeeeee
ni gambar bunga yg ari tu punya... yang baru ni tak snap lagi... best tau pas mandi... fresh gile rasa... aura2 dia tu best... pastu wangi je.... tonyoh2 daki dengan sintok tu.... tonyoh limau kat pala... huihhhh heaven...
dari cite bekam dah melalut ke cite bunga.. hehehe
fuhh letih siot ari ni.. pagi2 bangun dah kemas2 rumah.. angkat sofa kuar, kemas meja2... sedara mara nak datang ari ni... 3 biji kete je pun.. tapi kalo da umah ni sekangkang kera... paham2 je la... aku kena la maksimumkan ruang...
siap siap kemas umah, potong potong sayur, then aku kena gi giant ngan buchuk... beli barangan yang tertinggal lagi...
satel2 sume, msak plak.. wat sambal tumis udang petai... mama kata sedap.. hehehehe pastu aku ngan buchuk terus gi sentul curry house... tah ape kena ngan aku tah, tunjuk salah jalan... hehehe sorry ye buchuk..GPS bateri abis.. lupe cas...
sessi makan memakan berlangsung dengan meriah... kecoh betul la kuarga aku... riuh.. meriah.. hingaq... besttttt.... makan nasi pun selera gile...
lepas kemas2.. sessi lepak2 sambil sembang2... then pakngah and the gang bergerak balik... pakngah,makngah, paklong manap, ngan mak long serta anak dia bergerak balik aloq staq... abg yen, kak gee, ayong, angah, nafis bergerak balik kem sungai udang melaka.... apit ngan lina bergerak balik PJ.... dari riuh rendah, terus sunyi balik....
masa makan tu, dah sepakat dah nak wat family day kat cameroon lagi tahun ni... best gak.. sejuk je kan...
lepas derang sume balik, aku, mama ngan buchuk bertungkus lumus la kemas2 balik umah... letihhh oooo...
pastu gi bank2 sekalian kl utk satelkan utang2 plak... masa nak gi ar rahji, boleh kami tersesat lagi... adeh laaa.. memang aku lupe cas diri sendiri la... lega lah dah satel semua walau duit dalam bank dah nak mencecah negatif ni... tinggal duit taska anak2 je lah...
aku tatau la kalau ayah anak2 ni masih ingat yang dia ada tanggungjawab kat sini... kalo rasa nak mengelak tanggungjawab.. takpelah.. kat dunia ni mungkin akan terlepas.... tapi jangan harap nak terlepas dari hukuman ALLAH nanti ye... apa pun masalah yg datang, tanggungjawab tu kena ingat... jangan tau nak mengaku anak je la kan... ohh motip aku nak tension2 ni...
lately sangat kepenatan.. naik moto wat kita penat ye... sakit ooo belakang....
pastu tak berapa nak sihat.. eh org kata jgn kata gitu.. nanti tak sihat2..
hah keje byk sungguh ni... banyak yang tergendala lagi... kena satelkan minggu ni gak... complaint kat email pun banyak gak... pening tul ah kepala.. aku kena cari solution utk organize kerja2 aku ni...
smalam pakngah makngah datang KL. nak melawat makteh... so rasa2 malam ni datang umah la kot
Plan nak ke Fraser hill pun terpaksa ditangguhkan... ade urusan nak kena wat minggu ni... hope sume berjalan lancar lah...
semalam best gile ah.. gado ngan user.. hahahha bukan gadoh maki hamun, tapi perli2... siot je... dah salah bukan nak minta maaf...
tapi aku belajar sesuatu... sesuatu yang amat penting dalam sistem perhubungan manusia...
lately aku tak sihat... badan letih je... belakang sakit lah...
erm pas balik keje smalam, kami terus shot pegi HUKM... redah redah sampai gak... meredah hujan renyai.... dekat lah dengan BRF... ermm pakat2 ngan buchuk, pas tawen nak dok area cheras je la...
gi HUKM sebab makteh operation.. dia disahkan kena breast cancer.. terpaksa buang sebelah.. semoga makteh dan keluarga tabah menghadapi dugaan ni... semoga makteh cepat sembuh...
slama ni makteh perasan ade ketulan.. tapi dok tangguh2 nak p cek... sudahnye dah stage 2... kalo korang rasa ade ketulan2 ke, better cek awal2 k...
apepun, kami sekeluarga mendoakan yang terbaik utk makteh sekeluarga....
balik dari HUKM, tah mana hala kami tuju... nak kata sesat, tak sesat.... tapi pusing la gak.... sian dia penat... soweyy ye sayang...
ingat tak pasal padle pop aku.. huh.. lama tau aku nak... dia lupe je keje... anak2 nye susu pun die lupe... sampai je kat simpang kedai2 tu... vrooommm dia berenti depan 7e... la la la... cari lah padle pop.. tapi takde... tu peti nestle... padle pop walls punye... frustttt... p kedai bala pun takde... huaaaaaaaaaaa
buchukkkk.. cari gak tau... sian kat syg tauuuuuuuu hehehhehhee
macam mana nak simpan apa yg kita rasa... simpan jauh disudut hati... demi hati2 yang perlu dijaga... takmahu menyusahkan sesiapa... tidak juga ingin menambahkan bebanan yang ada...
walau hati tak keruan... walau hati sebak menahan...
perut aku tengah lapar... so tetiba aku terpikir la pasal makanan... mama kata nak gi makan yong tau foo kat ampang... sedapnyeeeeeee
mari bercerita pasal makanan... apa makanan kegemaran korang ek...
apa makanan kebencian korang ek... eh mana leh benci makanan.. maksud aku tu, makanan yang takleh diterima tekak lah...
aku suke sangat chinese food... tak kira la ape... first list aku ialah Yong Tau Foo lah... aku tgk kuah, leh tau sedap ke tak YTF tu...
pastu aku suke noodle2 chinese ni.. tak kira la wantan mee ke (ala mee kicap je pun), yee mee sizzling ke.. macam2 la... dimsum.. hoh heavennye... wantan prawn soup.. adehhhh ipoh hor fun...
chinese style nye lauk pauk pun aku amat suke... tak banyak resepi yang aku pandai wat.. nanti nak blaja ngan kazen aku yg suke masak lah.. dia pandai masak..
masakan melayu plak, aku suke masakan kampung.. yumy lah... ulam2 ko kasik la ape pun, sume aku telan.. pahit ke payau ke.. suke sangat.... masak lemak cili api.. pedas kaw2... fuhhhh heaven lah...
masakan india... ohh sorry... takleh terima lah tekak aku ni... kalo aku makan kari dia, mmg aku leh pengsan ooo... seyes ni.. aku jadi pitam... tatau nape tah.. huhuhuhu
kari dia.. hishhh bau tu menusuk kalbu... tak sukeeeeeee......
lagi.. aku takleh terima laksa... sebab bau dia.. opss laksa ikan lah... bau tu wat aku munt.... mmg takleh terima tul... ikan2 yg medak2 pun aku sensitip sangat... org takde bau ape2, aku dah nak munt bau hanyir....
so kerana itu la mama alter laksa dia jadi laksa ayam... wat dari air rebusan ayam... khas utk aku... yummy tauuuuuuuuu
ermmm aku tak suke gak benda manis2... eiiii takleh terima... air manis2 pun.. gosh.. prefer minum ais kosong je...
ok tu je la yg aku ingat..
pst: tengah tensen network down ni.. pening kepala aku dah....
dak buchuk on d way balik kontan... urusan keluarga... aku risau gak sebenarnye... mesti dia letih tu... drive plak sorang2.... kesian die...
b4 balik tadi, aku da masak utk dia... suh dia makan kenyang2 dulu... baru gerak balik... semoga ALLAH lindungi dia...
tadi aku gugel gugel map.. saje2 sebab dia kata dia da nak sampai tol karak... ermm jauh gak kan wangsa maju - kuantan... dah macam hujung ke hujung dah....
jauh kan... sob sob.... ahad ni dia balik lah... hurmmm pastu ulangbulan kami.. alhamdulillah.... nanti la wat entry tu plak...
saya dilahirkan di sebuah ladang buluh yang bertempat di barat daya malaysia.. setelah saya membesar sedikit, saya di bawa oleh tuan saya ke sebuah pasar malam yang dikenali sebagai pasar malam taman melawati... sebelum itu, saya telah dihias cantik dengan meletakkan besi ala2 reben dan gel gel berwarna pink... rupanya saya bakal bertukar tuan...
setelah beberapa ketika saya dipamerkan, tiba2 terdapat seorang gergasi yang tergedik2 berkenankan saya akibat dari gel pink saya.... dengan tanpa rela, saya dibeli oleh tuan gergasi baru saya... bermula dengan itu, saya diletakkan di atas meja opishnya tah dekat mana tempatnye...
saya dijaga, dibelai, kadang2 tuan gergasi itu berbual2 dengan saya... saya nak je balas balik ape yg dia bualkan, tapi malangnya, saya tak berjaya...
kini, hampir 4 5 bulan saya bersama tuan gergasi saya... dia sangat bz sehingga kan dia mengabaikan keperluan saya... gel gel pink yang amat cantik dahulu telah pun menjadi seperti hidup segan mati tak mahu.. tuan gergasi saya amat kedekut utk membeli gel baru untuk saya...
tanpa tuan gergasi saya sedari, saya telah mula menguning... saya haussssss saya dahagaaaaaaaa
pasangan tuan gergasi perasan perubahan kaler saya lalu mengisi air semula.... kini... jjadilah saya seperti dibawah....
kepada tuan gergasi... sila lah belikan gel yang baru ye.....