Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts

pain

Sunday, August 3

sakit sangat... terlalu sakit.. skang ni aku dalam kesakitan. seluruh jiwa raga aku sakit. dalam dan luar...

sakit luar, aku da makan pain killer.. yang paling power pun.. alhamdulillah.. kebah sikit sakit dia... cuma skang ni, mlm je aku demam... nak gi spital, hmm nanti la.. patutnya aku kena gi spital, gi wat minor operation. tapi keadaan aku skang tak mengizinkan. kewangan, dengan keperluan kerja aku, anak2 lagi.. aku kena tangguhkan...

sakit dalam.... tah ar.. makin kronik.. makin teruk.. aku taktau nak gi klinik mana, spital mana... doktor pun reject kes aku ni.. so how ar... aku leh gila kalau aku tak kuat... tapi aku tau aku kena lawan utk anak2 aku kan...

sakit adalah anugerah allah... dan kini allah nak uji aku dengan kesakitan serentak ni... aku redha.. aku terima... moga2 dosa2 aku terampun....

amin ya rabbal alamin...

years....

Tuesday, April 29

tetiba aku teringat kisah lalu...

macam2 aku tempuh sejak akhir2 ni. bermula dengan keretakan hubungan aku ngan hubby, pastu masalah belajar, and latest kes kena tipu...

alhamdulillah, keretakkan hubungan aku ngan hubby dah berjaya kami pulihkan. aku dan dia kembali bersama. kami nak mulakan hidup baru.. nak bersama menghadapi cabaran berumahtangga. salah silap yang lepas dah dimaafkan, dan dari kesilapan lalu, kami tekad nak bina keluarga yang lebih bahagia. insyaallah....

alhamdulillah, pengajian aku hampir kehujungnya.. jumaat ni dah kena hantar report jilid. kalo satel tu, maka tamatlah pengajian aku setelah berbelas tahun aku belajar. moga2 segalanya berjalan lancar, amin... konvokesyen dijangka bulan 8. tapi aku tak mampu lagi nak bayar yuran aku utk semester ni. harap2 dapat keje cepat2, and leh bayar yuran b4 konvo. kalo tak, konvo tahun depan la jawabnyer.... doakan ye kengkawan moga2 aku cepat dapat keje yang baik.. aminnn....

kes tipu tu, hurmmm masih tergantung. aku pening ngan sikap polis. polis cam ambik endah tak endah. aku call kena marah lagi ader la. cam aku ni tak sabar2.. dok gesa2 dia. dah depa diam jek.. camner kita nak rely on police. kang wat tindakan sendiri, kata kita salah plak. abis tu camner??? aku tak paham prosedur mereka.. cara kerja mereka... adakah kerana aku bukan seseorang yang berprofil tinggi.. hurmmm kes nurin pun tak satel lagi.. sharlinie pun dok ilang lagi... awie pun tak jumpa2 lagi.. tah la.. tiap kali call, jawapan yang sama... " kami akan hubungi awak nanti sama ada melalui surat atau telefon"... arghh serabut seyyyy...

walau apapun aku perlu teruskan hidup..cari sesuap nasi utk anak2... utk ptptn, utk mara, utk KPM. erk byknyer utang belajar aku.. kot sampai phd takper gak. ni degree jek pun.. huaaa....

semoga segalanya berjalan lancar.. murahkan rezeki aku dan keluarga aku ya allah... berkati hidup kami ya allah, jauhkan kami dari kemungkaran dan kemaksiatan ya rahman... berikan kami petunjuk dan hidayahMu ya rahim... lindungi kami dari malapetaka dan kecelakaan ya allah... amin ya rabbal alamin.....

cara-cara menghapus dosa

Saturday, March 22

pagi ni, masa aku ngan mama gi bekpas, kami didatangi seorang lelaki yang menjual buku. dia letak buku Asas-asas Fardhu Ain hasil tulisan allahyarham ustaz sulaiman endut. bila baca sket2 buku tu, aku dapati buku tu simple, tapi padat. sebuah buku yang baik. bahasanya mudah. isi kandungannya pada aku lengkap. terdapat 12 bahagian dalam buku ni meliputi:

  1. Rukun islam
  2. Rukun iman
  3. Thaharah (bersuci)
  4. Ibadat solat
  5. Ibadat puasa
  6. Ibadat zakat
  7. Ibadat Haji
  8. Nikah
  9. Taubat dan doa
  10. Adab dalam islam
  11. Bulan2 hijrah
  12. Surah2 Al quran

setelah aku baca buku ni, aku tertarik dalam satu bab dalam buku ni. bab taubat....

cara-cara menghapus dosa

  1. Taubat dengan ikhlas (taubat nasuhah). Taubat ini boleh menghapus dosa bagaikan air jernih yang dapat menghilangkan kotoran.
  2. Dengan mengerjakan amalan-amalan yang baik. Dengan mengerjakan amalan dan pekerjaan yang baik itu akan dapat menghapus kejahatan.
  3. Dengan memperbanyakkan sedekah. Dengan bersedekah itu dapat menghapus dosa, bagaikan air yang dapat memadamkan api.
  4. Dengan ditimpa dengan beberapa musibah (bencana dan percubaan). Bala bencana (musibah) dan percubaan ini dapat menghapuskan kesalahan, bagaikan daun kering yang akan reput dan hancur.
alhamdulillah... aku harap apa yang dah berlaku atas aku adalah tanda allah masih sayang aku....

ini yang ditambah oleh incik kucha kita...

1. Mtk ampun dgn suami jika ada atas sgala dosa.
2. Mtk ampun dgn mak ayah jika ada perkara yg mereka simpan didalam hati
3. Selain solat berjemaah diawal waktu. Dari subuh sampai ke isyak.
4. Sentiasa berzikir dimana sahaja (bukan dgr lagu ja kat laptop)
5. Bersedekah la slalu dari mana2 cabang amalan yg mampu. (duit, doa, kederat)

marilah kita sama2 bertaubat.. kita kembali kepadaNya, dan sentiasa meminimumkan kesilapan dalam kehidupan seharian...