cara-cara menghapus dosa

Saturday, March 22

pagi ni, masa aku ngan mama gi bekpas, kami didatangi seorang lelaki yang menjual buku. dia letak buku Asas-asas Fardhu Ain hasil tulisan allahyarham ustaz sulaiman endut. bila baca sket2 buku tu, aku dapati buku tu simple, tapi padat. sebuah buku yang baik. bahasanya mudah. isi kandungannya pada aku lengkap. terdapat 12 bahagian dalam buku ni meliputi:

  1. Rukun islam
  2. Rukun iman
  3. Thaharah (bersuci)
  4. Ibadat solat
  5. Ibadat puasa
  6. Ibadat zakat
  7. Ibadat Haji
  8. Nikah
  9. Taubat dan doa
  10. Adab dalam islam
  11. Bulan2 hijrah
  12. Surah2 Al quran

setelah aku baca buku ni, aku tertarik dalam satu bab dalam buku ni. bab taubat....

cara-cara menghapus dosa

  1. Taubat dengan ikhlas (taubat nasuhah). Taubat ini boleh menghapus dosa bagaikan air jernih yang dapat menghilangkan kotoran.
  2. Dengan mengerjakan amalan-amalan yang baik. Dengan mengerjakan amalan dan pekerjaan yang baik itu akan dapat menghapus kejahatan.
  3. Dengan memperbanyakkan sedekah. Dengan bersedekah itu dapat menghapus dosa, bagaikan air yang dapat memadamkan api.
  4. Dengan ditimpa dengan beberapa musibah (bencana dan percubaan). Bala bencana (musibah) dan percubaan ini dapat menghapuskan kesalahan, bagaikan daun kering yang akan reput dan hancur.
alhamdulillah... aku harap apa yang dah berlaku atas aku adalah tanda allah masih sayang aku....

ini yang ditambah oleh incik kucha kita...

1. Mtk ampun dgn suami jika ada atas sgala dosa.
2. Mtk ampun dgn mak ayah jika ada perkara yg mereka simpan didalam hati
3. Selain solat berjemaah diawal waktu. Dari subuh sampai ke isyak.
4. Sentiasa berzikir dimana sahaja (bukan dgr lagu ja kat laptop)
5. Bersedekah la slalu dari mana2 cabang amalan yg mampu. (duit, doa, kederat)

marilah kita sama2 bertaubat.. kita kembali kepadaNya, dan sentiasa meminimumkan kesilapan dalam kehidupan seharian...


2 catitan:

kuchalana said...

aku suka nak tambah lagi..

1. Mtk ampun dgn suami jika ada atas sgala dosa.
2. Mtk ampun dgn mak ayah jika ada perkara yg mereka simpan didalam hati
3. Selain solat berjemaah diawal waktu. Dari subuh sampai ke isyak.
4. Sentiasa berzikir dimana sahaja (bukan dgr lagu ja kat laptop)
5. Bersedekah la slalu dari mana2 cabang amalan yg mampu. (duit, doa, kederat)

Sekian dari Ustaz K.

chuy4 said...

alhamdulillah.. betul2 tu kucha. aku tgk citer ihsan smalam. insaf aku.. terus aku tanya mak aku, aku ader tak wat salah kat dia.. dia kata dia dah maafkan sumer.. alhamdulillah.. aku byk susahkan dia.. terlalu banyak. dari aku kecik sampai la skang.. aku nak berubah. aku nak jadi anak yang membantu dia...

suami, pun aku dah minta ampun dari dia. dia pun kata aku takder dosa pada dia. hurmmm aku cuba menerima segalanya dan memperbaiki segalanya...insyaallah...

solat berjemaah, yang ni aku susah sket.. akan dicuba, takleh byk, satu waktu pun jadilah...

zikir... kadang2 ingat, kadang2 lupa... insyaallah akan dilakukan juga.. mama ader kasik zikir harian.. nanti aku upload...

bersedekah, ni pun insyaallah aku wat tiap kali lepas solat.. walaupun tak mampu sedekah duit, tapi aku cuba sedekah alfatihah dan apa yang mampu...

thanx kucha.. any info, meh kita kongsi lagi....