nenek belakang rumah mak timah duduk bercerita lagi...
aku pun apa lagi.. dengar je lah kan.. orang nak cerita...
kali ni dia bercerita part panglima panglima negara kopunek tu...
betapa gagah berani panglima tersebut...
weh penat kot aku dengar nenek ni bebel... dia kata nanti2 lah ye part 3...

kali ni dia bercerita part panglima panglima negara kopunek tu...
betapa gagah berani panglima tersebut...
arakian kisahnya si isteri meracau racau mengatakan panglima panglima itu menyamar sebenarnya...
dimana panglima itu hanya berdua atau bertiga, namun menggunakan kuasa cakra 'Teknik pengagihan bayang' (korang tak tengok ke naruto) telah menjadi ramai lalu menyerang si isteri...
si isteri sangat la merasa tidak puas hati.. (ohh biasala orang meroyan)
terpaksa la pengubah cerita dongeng ini menceritakan alkisah panglima panglima tersebut...
panglima satu - merupakan minah agak sengal campur sket sket mereng tapi kiut dan manja... senjatanya sangat padu.. nama diberi mr vostro.. tidaklah pula dapat dipastikan no siri senjatanya itu....
panglima ini berkhidmat dalam dunia maya telah lama... beliau telah menyerahkan kehidupannya kepada negara kopunek apabila mengetahui si penjaga putera diserang habis habisan...
arakian panglima comel ini merupakan rakan ataspokoktalian si penjaga sejak berpurnama dahulu....
panglima dua - merupakan panglima paling digeruni... mulutnya terkenal sebagai jelabas...
pangilima ini juga sangat sangat memprotect si penjaga kerana beliau dengan penjaga seperti komputer dengan processor.. tanpa komputer, siapa lah processor, tanpa processor, siapalah komputer...
panglima ini mengetahui segala perjalanan packet packet kehidupan si penjaga tanpa ragu...
panglima dua sangat marah alkisahnya ketika pertama kali membaca tulisan dinding royanan sang isteri, namun si penjaga menasihatinya supaya bersabar...
panglima dua sangat berani, dan tidak takut mati... namun kelihatannya si isteri telah kegerunan lalu terkucil kucil dihadapan pintu gua marampulapong di negara korampangkala...
panglima tiga - owh panglima ini menyamar menjadi snow whiteekseli dia takde la white mana...
panglima ini merupakan seorang yang sangat baik hati, namun bila sesuatu yang menjengah fikiran sebelah kirinya, dia mampu mengeluarkan kata kata seperti ahli sihir...
panglima ini merupakan rakan seperjuangan atas talian sama seperti panglima satu jua hendaknya...
dengar dengar kabarnya, panglima ini mempunyai kabel fiber optic yang agak kuat di rumah undang2 negeri putriwojaya lalu memberikan merpatibukan beli secara bundle yacap TM kepada si penjaga...
panglima empat - ohhh ini merupakan rakan seperguruan sang penjaga ketika penjaga menuntut ilmu karan di sebuah gua jin bertendang... panglima empat tidaklah terlalu rapat dengan si penjaga, namun selalu bertanya khabar... panglima empat merasa terpanggil utk membantu kerana beliau merasakan si isteri itu tidak mencapai tahap piawaian seorang jurulatih bahasa urdu... panglima empat merupakan insan yang muslimah, makanya beliau merasa sungguh sedih dengan kepuraaan si isteri...
panglima lima - merupakan seseorang yang tiada hubungan darah daging, tapi ada hubungan saudara yang didarah dagingkan...
panglima lima berasa amat kelawakan dan kebodohan bila sang isteri membuta tuli melepaskan das das meriam batu nya tanpa si isteri menyedari, peluru batunya itu adalah peluru tahek kambeng...
makanya berat tahek kambeng itu tidaklah dapat mengenai sasaran, malah terkena pula ke atas si suami yang baru sedang enak enak mengulit ulit kebahagiaan yang dibina atas dasar kepuraan itu... alangkah kasihannya sang isteri dan suami itu....
demikianlah kisahnya panglima panglima dari negara kopunek yang sangat berani dan tidak disangkal kebolehan masing masing...
ohh terdapat juga panglima panglima dibelakang tabir yang sentiasa menyokong perjuangan mentang royanan si isteri itu...
si penjaga itu mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan panglima panglima sekalian....
weh penat kot aku dengar nenek ni bebel... dia kata nanti2 lah ye part 3...











