...::: presentation, nana and pindah :::...

Monday, April 21

kelam kabut tul.. presentation da lepas. hurmm suckss.. teruk aku kena hentam ngan penilai. penyelia pun tak backing langsung. wat to say.. aku kena ngan kombinasi yang amat ideal. argh.. janji lepas.. hope lepas.. aku nak mulakan idup aku. aku nak keje. sian anak2 aku. tak penah rasa hidup sekeluarga mcam orang len.

masa aku kat melaka ari tu mama call. anak2 tinggal ngan mama, mama amik cuti sebab nak jaga derang. 2 hari pertama tu, abah yang jaga. merata abah bawak derang jalan. gi umah mak2 tiri aku. hehehe nana n mimi panggil mak tiri aku dengan nama yang aku rasa nak tergelak. mak aku yg no 3 tu, nana panggil nenek kak ida. aku panggil dia cik ida. cik ida bukak warung makan kat Sungai Buloh. kat sana sume dak2 keje panggey dia kak ida. so nana pun panggey la nenek kak ida.. ngeh ngeh.. abah bawak gi umah bini bongsu dia. aku tak suka pompuan tu. dia tua 2 tahun jek dari aku.. huhuhu nana panggey dia nenek kakak.. wakakakakakak

berbalik pada citer mama call aku, pastu nana sibuk nak cakap ngan aku

nana: mama biler kita nak pindah ni?
aku: sabarla nana, pas mama abis sekolah ni, kita pindah la
nana: ooooo, nana dah tak sabar la mama
aku: nana kena sabar la.. dah tak lama dah

dia pun riuh cerita dia gi sini sana ngan wan dia...

aku: okla nana, sian nenek nak bayar bil
nana: ok mama, mama tu, kalau ader masalah, telefon je la..

aku: erk.... (terkedu aku)

hehehhee masa bual2 tu aku wat loudspeaker. sebab member umah aku ni nak dengar suara nana. dia kata bia betul nana yang cakap. cam orang tua....

dia agak matang.. umur baru 4 tahun. hurmm alhamdulillah.. cerita masa bersalinkan dia agak menyedihkan, tapi alhamdulillah, segala anggapan doktor, takder pada dia.. doktor risau dia leh ader masalah otak, lembab.. tapi so far, takder la teruk sangat. lambat sket2 tu ader la.. kekadang bila kita suruh dia wat sesuatu, dia pandang je kita, diam je.. pastu lepas beberapa saat, baru dia gi.. aku tak kisah, asalkan dia pandai jaga diri dia, boleh berdikari, tak susahkan sesapa, aku dah bersyukur. aku tak harap dia excellent dalam pelajaran. kalo leh, alhamdulillah, tapi kalo tak pun, aku tak kisah. asalkan dia jadi anak yang baik dan mendoakan aku bila aku takder nanti, pun dah cukup....

hurmm penat la lately.. skang ni tgh sibuk kemas2 barang.. ari tu pas balik dari melaka, aku singgah PD. gi umah pakteh aku. banyak gak barang2 yang makteh bagi. dia sedekahkan kuali, piuk2, barang2 dapur sket2 kat aku. alhamdulillah.. da save duit aku. tak payah beli barang2 tu dah. periuk dia tu aku tgk cam tak guna lagi jek.

actually aku nak pindah ni, duit pun takder. tapi alhamdulillah.. rezeki anak2.. ramai yang sedekah. diam tak diam, dah lepas nak sewa lori angkat barang2. insyaallah, khamis ni lori sampai... pasni takleh la aku update kat sini. kalo ader kesempatan gi cc ker, insyaallah aku update.

doakan perjalanan aku diberkati allah, dirahmatiNya... doakan penghijrahan aku kali ini, satu penghijrahan yang terbaik buat aku.....

1 catitan:

Miss Reen said...

cute je anak ko ek..
ramai tol nenek dier...