guru oh guru

Sunday, July 18

tengah lepak lepak, ternampak paper hari jumaat bila tah..
ade la artikel pasal guru...
tajuk besau dia, "GURU BERKUALITI MAMPU HASIL MURID CEMERLANG"
betul.. sangat setuju...
guru yang berkualiti, akan menjadi idola kepada pelajar pelajar utk jadi cemerlang..
kecemerlangan peribadi seseorang guru akan menjana keperibadian mulia pelajar...

apakah itu kecemerlangan peribadi?
adakah dengan mengajar subjek2 dengan baik itu sudah mencukupi?

bagaimana dengan sikap guru tersebut?
apakah nilai nilai yang akan menentukan kualiti seseorang pendidik itu?

ijazah sudah cukup ke utk menjadikan seseorang guru tu adalah guru yang baik?

ini pendapat peribadi aku...
guru yang baik ialah guru yang ada ilmu yang tinggi, dan keperibadian yang baik..
kalo belajar sampai ke luar negara sekali pun, tapi attitude yang sangat buruk, dia tak boleh dinilai sebagai guru yang berkualiti...
ohh ini bukan hanya utk guru lah...
lebih kepada individu.. tapi since tajuknya ialah guru, so kita focus kepada guru...
jika sorang guru ni, tidak menunjukkan sikap yang baik kepada anak muridnya,
macam mana dia nak dinilai sebagai guru yang baik...

tapi andainya guru ni mengajar dengan baik, dan mengamalkan nilai positif dalam hidupnya,
sudah tentu pakej ini menjadikan dia bukan saja seorang guru yang baik.. tapi seorang individu yang berkualiti kepada pelajarnya, orang sekelilingnya...

kepada guru guru di malaysia... jadilah guru yang baik utk mendidik anak bangsa...
kami menaruh harapan yang tinggi pada guru guru untuk memberikan ilmu yang positif kepada anak anak kami...
terima kasih kepada para guru dalam membantu kami, ibubapa membesarkan anak anak kami supaya mereka menjadi orang yang berguna untuk agama, bangsa dan negara...
terima kasih juga kepada guru guru yang telah mendidik kami sehingga berjaya begini...
dan buat guru yang masih tidak menjadi seorang yang positif sifatnya, berubah lah... atau anda tidak layak bergelar guru yang merupakan suatu pekerjaan yang sangat mulia....

0 catitan: