k.i.t.a

Tuesday, May 4

dalam perjalanan hidup, kita akan menempuh macam2...
kita akan gagal wat keputusan...
gagal buat pertimbangan...
gagal mencari kebenaran...
gagal melakukan kebaikan...

tapi kita juga akan berjaya...
berjaya melakukan yang terbaik...
berjaya membetulkan kekhilafan...
berjaya mencari kekuatan...
berjaya menegakkan keadilan...

aku sebagai aku...
macam2 yang dah aku tempuhi...
kegagalan menjadi seorang pelajar yang sentiasa berusaha...
menjadikan aku belajar menjadi pengejar cita cita...
alhamdulillah aku berjaya menggenggam segulung ijazah dari IPTA walaupun keputusan tidaklah begitu membanggakan...

kegagalan menjadi isteri yang baik lantas menjadikan aku kini berusaha utk membaiki kekhilafan lalu demi membina rumahtangga bahagia...

ditipu, dan menipu... dikhianati dan mengkhianati...
ya aku manusia khilaf...
aku sedar byk kesilapan yang telah aku lakukan...
mengecewakan insan yang menyayangi aku...
lantas aku dikecewakan oleh insan yang aku sayangi....

kini, apa yang aku inginkan, utk membahagiakan dan bahagia bersama insan2 yang aku cintai, sayangi.... bersama dia membuat aku merasakan peluang kedua diberikan kepadaku utk membuktikan aku mampu menjadi yang terbaik....
bersama puteri2 membuat aku sedar, aku diperlukan dalam hidup mereka dikala mereka mengenali isi dunia...

hargai lah segala kepunyaanmu...
kerana semua itu hanyalah pinjaman...
bukan selamanya ia menjadi milik kita....
mungkin kesayangan itu bakal menjadi kesayangan insan lain..
atau kesayangan itu dikembalikan kepada penciptanya...
apapun ia... hargai kesayangan itu...
tunjukkan kasih sayangmu terhadapnya disaat dia disisi...
luahkan rasa cinta dah sayang ketika cinta masih membara...
kerana...
kita tidak tahu bila...
dia akan pergi dari sisi kita....

setiap manusia melakukan kesilapan.. tanpa kita sedar, kesilapan itu telah mendewasakan kita...
setiap kita, yang bernama manusia, tidak pernah sempurna...
namun ketidaksempurnaan itu perlu disempurnakan oleh insan2 yang disekeliling kita...
hidup itu saling melengkapi kan....

aku bersyukur atas apa yang aku ada kini...
aku punya cinta seorang kekasih yang tulus menyayangi... semoga kami dijodohkan...
aku punya kasih sayang puteri2 yang tulus menyayangi.... semoga kami akan disatukan hingga mereka mampu terbang sendiri....
aku punya perhatian dari keluarga yang sentiasa membetulkan tindak tanduk ku.... semoga kami sentiasa bersatu dalam kasih sayang hingga titisan darah terakhir.....
jazakallahu khairan katsiran

syukran jazillan ya allah...






0 catitan: