Ter Gantung......

Friday, November 21

Pernah tak rasa digantung dalam sesuatu perhubungan??

Sakit kan.... kita tak tau situasi kita.. kita tak tau kita dimana..

Gantung (Melly)

Ku harus menemui cintaku
Mencari tahu hubungan kita
Apa masih atau tlah berakhir

Chorus:
Kau menggantungkan hubungan ini
Kau diamkan aku tanpa sebab
Maunya apa ku harus bagaimana
Kasih�
Sampai kapan kau gantung
Cerita cintaku memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Detik-detik waktu pun terbuang
Teganya kau menggantung cintaku
Bicaralah biar semua pasti

Chorus

Tentunya hubungan cinta denganmu
Membuat ku sakit
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Apa patut dibuat kalo kita digantung?? Menanti dan terus menanti? atau just walk away......


4 catitan:

CuTeMiUt78 said...

emmm.. tul lah... memang rasa tak tentu arah klu perhubungan tergantung ni.. payah nak huraikan

Anonymous said...

Memang sakit. digantung sakit, ditinggalkan sakit, memendam perasaan pun sakit, malah di nafikan pun sakit. tapi aku rasa kesakitan itu adalah perlu dalam diri manusia.

kerana dengan kesakitan itu akan menduga manusia antara dua jalan yang membawa kepada dua sempadan (tak habis-habis dengan sempadan aku ni).

hadapilah kesakitan itu dengan tenang. apa perlu buat kalau digantung, kalau aku, aku akan terus berjalan, kerana aku beranggapan aku terlalu tua untuk semua ini. Tapi itu aku! Engkau....aku tak tau ko macam mana.

apa diharap padi seberang,
entahkan jadi entahkan tidak,
apa diharap kasihnya orang,
entahkan sudi entahkan tidak.

p/s: wesss, minta izin utk meletakkan pautan terus blog ko ni kat blog aku..payah la nak klik-klik kat profle pastu baru klik kat blog ko pastu baru boleh bace blog ko. dahlah ada blog ko yang takleh masuk, apa agaknya korang bincang dalam tu ...confucious tul aku hehehe.

sekian sahaja bebelan panjang hari jumaat utk kali ini.

chuy4 said...

cute~ apakan daya... cinta takleh dipaksa....

belasungkawa ~ aku pun rasa aku dah terlalu tua untuk ini semua.. (kan kita sebaya)...

aku dah terlalu lelah untuk meneruskan perjalanan yang aku sendiri taktau mana akhirnya. tapi hati berbelah bagi... tiada kekuatan untuk mencari satu keputusan....

p/s: letak ler encik zuki... hehhe blog tu blog rahsia luahan hati aku... heheh tu private tu.. nanti ko tau plak rahsia hati aku... ngeh ngeh ngeh

Anonymous said...

benci aahh ko sebut nama real aku. nanti aku jadi glamer, susah.